♥ pisang emas di bawa belayar,masak sebijik di atas peti, terima kasih kunjungi blog saya, harap enjoy anda di sini ♥ This is my official blog. truely from my deep heart .huhu , btw, jgn lupa utk FOLLOW beL0g sy ok ^^, u follow me, i'll follow u back ! _ SAYANG korunk !♥ -->

GEWE-gewe :D

Pasir Mas ‘kilang’ jelitawan



SEBUT saja nama daerah Pasir Mas,
Kelantan, pasti ramai 
mengaitkannya sebagai
‘kilang’ gadis cantik
hingga sering 
diburu oleh pemuda tempatan
mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.
Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal 
dengan jolokan 
comel ‘lote’ 
serta memiliki wajah keayuan yang
asli itu dianggap
sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda 
terbayangkan seorang gadis Melayu
yang memiliki 
raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis 
zaman bangsawan.

Paling ketara, 
gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang 
mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek.
Selain itu kulit mereka, terutama di tangan,
kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas.
Mereka dikatakan memiliki mata menawan
iaitu
berwarna coklat kebiruan dan kelabu,
lengkap dengan alis mata
dan kening hitam serta tebal, 
seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas
mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, 
Puteri Sa’adong
yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa
kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada 
nenek moyang 
mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah
ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan
makan beras pulut
setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi 
mengekalkan
ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta
meminum air suam 
bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai 
ramai gadis cantik 
ialah
Kampung Seberang Pasir Mas, 
Kampung Betong,
Kampung Aur Duri, 
Kampung Bunut Susu, 
Kampung Slow Machang dan
Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, 
sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya
meminum air suam.

“Saya 
tidak suka memakai alat solek 
kerana ia dikatakan penuh dengan 
bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan 
ceria jika kita menjaganya dengan baik,”
katanya.

Apapun,keistimewaan gadis Pasir Mas 
pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu 
dipercayai dibuka oleh
Che Leh @ Salleh Ismail 
yang berhijrah selepas tanahnya di 
Kota Bharu 
diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, 
Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar
terpaksa akur
dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera,
Wan Ali Wan Hussin, 75,
berkata Che Leh
bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum 
membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan 
itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, 
selain memudahkan beliau 
dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai 
penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu
padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif
sendiri untuk membina surau, pasar 
dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok
datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya 
sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul 
tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” 
katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan 
berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, 
menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu
menjerit,
‘Mas! Mas!’.

Perkataan 
‘pasir’ 
pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing
Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa 
longgokan pasir sehingga 
membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar
Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan 
terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan
kapal pedagang,khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan
kapal dan sampan didirikan
 di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, 
Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh 
dan Pengkalan Tok Leper.

MAKLUMAT INI ADALAH BENAR. ---> DARI BERITA HARIAN METRO


2 comments:

Athirah Zain said...

detail jgk explanation ni..org sana ka?:)

(^_^)

anem said...

aah..org sana ^^,